Sunday, September 12, 2010

Akukah Yang Terlewat

Found this short story...kinda interesting,so wanna share with you guys.

Belum sempat Athirah memanggil Arni, kereta satria sudah meluncur laju meninggalkan rumah. Apela Arni nih, dah jumpa tunang terus lupakan aku. Sampai hati dia, sayu sungguh hati Athirah.

“Mak cik, Thirah balik dulu la yer. Kirim salam kat Arni dengan bakal suaminya nanti.” Athirah segera ingin bergerak. Hatinya terusik tiba-tiba.

“La...nak balik dah ke? Tak tunggu Arni balik dulu?Tunggulah kejap Thirah, kejap lagi balik la Arni tu.”Ajakan Mak cik Siah terpaksa ditolak. Dia tidak sanggup lagi duduk berlama-lama disitu. Apatah lagi apabila dia membayangkan gelagat yang bakal ditunjukkan oleh Arni dan bakal suaminya itu.

“Tak pelah mak cik, dah lama dah Thirah kat sini. Karang risau pulak mak kat rumah tu,” tolak Athirah sopan sambil bersalaman dengan mak cik Siah.

“yer lah, kirim salam pada mak kamu ya Thirah. Esok jangan lupa ajak mak kamu datang rumah.”pesan mak cik Siah sambil menepuk-nepuk bahunya perlahan.

“InsyaALLAH mak cik,” jawabnya sebelum keluar dari rumah Arni.

Setibanya dirumah, Athirah terus masuk ke dalam bilik. Aduh, pening kepalanya memikirkan apa yang baru berlaku didepan mata. Macamana dia boleh tak tau yang Arni sukakan budak tu. Pandai betul Arni sorok rahsia. Ketukan dipintu mengejutkan lamunannya. Emak masuk dan duduk disebelah sambil merenung tepat kearah mukanya.

“kenapa Thirah macam tak gembira jerk mak tengok, dah bagitau Arni ke belum pasal tawaran bekerja yang Thirah dapat tu,” dia menggelengkan kepala berulang kali.

“mak, Thirah rasa nak daftar kat tempat tu awal sikit la. Yerla kan, mana nak cari umah sewa lagi, banyak benda nak buat la mak,” balasnya sambil kepalanya dibaringkan di atas paha emaknya.

“Thirah cadang nak pergi bila? Hari Ahad lepas majlis bersanding Arni la yer?,”emak mngusap kepalanya perlahan. Athirah terasa ingin menangis saat itu juga namun ditahan air mata dari mengalir.

“Sebelum majlis tu kot, tapi Thirah tak tau macamana nak bagitau Arni. Mesti dia marah kat Thirah nanti.”

“Awalnya Thirah nak pergi. Kan seminggu lagi daftar kerjanya. Lagi pun Mak Lang kan ada kat sana, Thirah tinggal la kat rumah Mak Lang dulu sambil-sambil tu, carilah rumah sewa.”

"Tanakla mak susahkan Mak Lang pulak. Lagipun rumah Mak Lang kan ada si Shahrul tu, karang apa pulak la jiran-jiran kata,” dia cuba membina alasan yang paling kukuh.

“Kenapa Thirah ni, Thirah ada masalah yer. Macam nak melarikan diri je mak tengok. Takkan Thirah tak nak tengok Arni bersanding?,” usikan mak membuatkannya terpaku seketika. Bukan dia tak nak, takut nanti banjir majlis tu dengan airmatanya.

“Apela mak ni, larikan diri pulak. Mana ada, Thirah teringin sangat nak tengok Arni bersanding tapi masalahnya takut tak sempat nak cari rumah sewa nanti.,”

Mak ni cam ahli nujum pulak. Naluri ibu, macamana sorok pun sure dia tahu jugak. “Tak pe lah mak, Thirah nak mandi dulu. Asar pun tak sembahyang lagi ni,”katanya sambil bangun. Kalau lama-lama takut terbongkar pula rahsia, emaknya memang pandai dalam bab pujuk-memujuk ni.

Selepas sembahyang Asar dia tertidur kepenatan. Dia terjaga bila azan maghrib berkumandang di surau berhampiran rumahnya. Arni menelefonnya sebaik sahaja dia selesai sembahyang Isyak.

“Thirah, aku minta maaf la tadi pergi cam tu jerk. Tunang aku tu kata kedai Kak Shima nak tutup awal hari ni. Itu yang menonong jerk aku pegi tadi. Kau tak marah kan?.” Penerangan Arni membuatkan dia tidak jadi nak marah. Sejuk kembali hati yang dirasakan agak panas petang tadi.

“Tak de lah marah. Tapi kecik hati jerk, orang panggil dia, tapi dia buat tak tau pulak. Nasib baik ade reason.,”balasnya dengan nada merajuk.

“Jangan kecik ati ek. Apsal kau balik awal ? Nampak tak siapa yang datang tadi? Sure kau terkejut kan?”

“Mau aku tak terkejut. Macamana aku boleh tak tau? Pandai tul kau simpan rahsia sampai aku pun tak dapat nak kesan. Sejak bila kau main cinta ngan dia nih?,” Athirah cuba mengawal suaranya yang dirasakan sedikit bergetar.

“Lama dah. Kau ingat tak waktu aku pergi camping kat Pahang masa tahun dua? Time tu la aku jumpa dengan dia. Kau tak pergi rasanya. Masa tu aku rasa dia caring sangat pasal aku. Pelik gak mula-mula tu, pas tu bila semua dah nak balik dia kata dia suka kat aku. Tapi aku tak confirm lagi waktu tu. Dah lepas 3 bulan kawan baru kami serius,” bersungguh-sungguh Arni bercerita.

Athirah cuba kembali mengingati perkhemahan yang dimaksudkan oleh Arni. Kemudian dia teringat masa tu dia tidak dapat turut sama menyertai perkhemahan tersebut sebab dia demam dan emak menyuruhnya pulang ke rumah. Patutlah masa balik dari camping tu, muka Arni ceria semacam jek. Orang lain suma dia tengok agak keletihan tapi muka dia ceria macam pergi berbulan madu.

Tapi kenapa Arni tak cerita pun pasal Shahrul padanya. Bukan Arni tidak tahu hubungannya dengan Shahrul dan berapa lama dia sudah mencari lelaki itu. Mungkin Shahrul menyuruh Arni merahsiakan hubungan mereka, fikir Athirah menyedapkan hati sendiri.

“Arni, aku nak bagitau kau satu perkara ni. Ingat nak bagitau kau face to face petang tadi. Tapi tak kesampaian pulak. Aku dapat keje kat Pulau Pinang,”

“Ha? Yer ker, Thirah? Seronoknya..bila ko kena pegi? Keje jadi ape? Keje pejabat ke keje kilang?,” Athirah hanya tergelak dengan soalan yang bertalu-talu dari Arni.

“Uish..banyaknya soalan. Sabarlah, biar aku jawab satu persatu. Kau tak de keje nak buat ke? Sembang ngan aku lama-lama ni, marah pulak mak kau nanti,”

“Tak de, semua dah siap dah. Cepatlah cerita,” desak Arni.

“Daftar dalam bulan ni jugak. Keje jadi engineer la..ahaha..takkan jadi tukang buat air kot. Pasal pejabat ngan kilang tu, aku rasa kerja kilang kot. Dah elektronik, memang keje dalam kilang la,” Athirah menerangkan kemudian ketawa pelahan.

“Kau pergi lepas majlis aku kan! Kau kena jadi pengapit aku tau, Thirah. Bolelah kau berpasangan dengan sepupu dia nanti,”mereka ketawa bersama.

“Pandai-pandai la kau, Arni. Nak padan-padankan aku pulak. Tak nak lah aku jadi saudara mara kau,” ujarku pula.

“Eh, okaylah Thirah. Aku nak makan la. Dari tengahari tadi aku tak makan,”

“Jangan makan banyak sangat, Arni. Nanti tak muat baju kawin kau,aku pulak yang kena gantikan,” gurau Athirah bersahaja. Ketawa yang baru reda kembali kedengaran. Emaknya hanya menggelengkan kepala berulang kali, sudah masak benar dengan telatah mereka berdua.

Ada sahaja yang menggelikan hati apabila kedua-duanya berbicara. Gagang telefon diletakkan tidak lama selepas itu. Arni mengingatkan Athirah untuk datang kerumahnya esok. Dia mahu berbual panjang dengan Athirah sebelum mengakhiri zaman bujangnya. Apatah lagi Athirah sudah mendapat tawaran kerja. Tentu lebih sukar untuk mereka bertemu selepas ini.

“Seronok bersembang, kamu dah tengok bakal suami Arni tu Thirah?” tanya emaknya ketika dia sedang berjalan menuju ke ruang tamu. Langkah kakinya terhenti. Pandangannya dialihkan kepada emaknya yang sedang sibuk menjahit baju kurung.

“Dah mak, Thirah kenal dia dari sekolah menengah dulu lagi. Dulu budak tu selebet bukan main, tapi sekarang memang handsome la mak,” kata Athirah sambil membayang muka tunang Arni semasa zaman persekolahannya dulu. Dia ketawa sendiri.

“Ishk budak ni, gelak sorang-sorang pulak dia. Thirah bila lagi? Arni pun dah nak kawin ni, Thirah dah ada calon ke? Mak dengan abah ni dah tua, Thirah. Entah bilala nak tengok kamu ada keluarga sendiri,” bicara emak membuatkan dia sayu seketika. Itulah modal emaknya kalau nak suruh dia berkahwin.

“Ala mak, thirah baru jer dapat kerja ni. Bagilah peluang Thirah kumpul duit dulu. Nanti-nanti Thirah kahwinlah. Mak jangan risau lah yer.,” balas Athirah memujuk emaknya. Kemudian dia berlalu ke bilik. Dia sempat menangkap kata-kata dari emaknya yang membuatkan dia ketawa sendirian. Emaknya mengatakan yang dia akan melarikan diri kedalam bilik sebaik sahaja topik itu dibincangkan. Memang pun, jawab hati kecilnya.

Athirah duduk dikerusi empuk berwarna merah hati sambil merenung jam mashimaro pemberian Shahrul. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 10 malam. Dia kembali terkenangkan zaman persekolahannya di MRSM Muar. Pada masa itu siapa yang tidak kenal dengan Shahrul. Nama dia memang popular, dari golongan pelajar hinggalah golongan guru-guru dan warden. Mana tidaknya, dia memang muka tebal kalah kulit kobau.

Teringat dia akan Dilla, BPS yang pengsan kerana disergah oleh Shahrul sewaktu dalam perjalanan balik dari prep malam. Terketar-ketar minah tu bila dia terjaga dan kesudahannya Shahrul digantung persekolahan selama dua minggu. Ah, dia tidak pernah serik tapi dialah sahabat baiknya. Tanpa suara dia, kelas 5 sc 7 akan kesunyian, dan pastinya Athirah akan kerinduan.

To be continued....

Thirah, aku dapat cuti la. Cuti khas plak tu. Aku ingat nak gi umah abang aku kat Kuantan la. Kau rasa ok tak idea aku tu?,” tanya Shahrul kepada Athirah yang sedang leka membaca majalah ujang dimeja belakang. Athirah diam.

“oi Thirah, aku cakap dengan kau ni,” jeritnya sambil tangannya menghentak meja Athirah. Tercampak majalah Ujang ke lantai. Athirah tunduk mengambil majalah tersebut dan kemudian tersenyum nakal ke arah Shahrul. Bukan dia tidak dengar, cuma dia saja mahu menguji kesabaran Shahrul. Athirah ketawa geli hati.

“Gelak-gelak!”bentak Shahrul masih kebengangan. Memang Shahrul ni bukan penyabar orangnya. Dia pasti tentang itu, tetapi dia juga geram dengan perangai Shahrul yang tak berubah-ubah. SPM nak dekat tapi masih buat hal lagi.

“Apelah kau ni Shah, yang kau gi sergah si Dilla tu buat apa. Kan dah sesia dapt cuti free. Sape lagi yang kena gantung?,”

“Alah, aku ingat nak main-main jerk. Tak sangka pulak pengsan si Dilla tu,” Kata-katanya disambut oleh tawa mereka berdua.

“Bukan aku sorang kena. Mamat, Fadil ngan Due skali. Tapi geng-geng lain lepas. Masing-masing tengah pack barang tu kat asrama. Seronok gila dapat cuti khas.,” guraunya sambil menunjuk ke arah hostel lelaki.

“Umi ngan Abi kau tau tak pasal benda ni?”

“Tau, pengetua dah telefon rumah hari ni. Jenuh gak la aku kene bebel ngan umi aku tuh. Abi aku ok jek. Asalkan dapt result elok, dia tak kisah sgt.”terang Shahrul. Tapi budah Shah ni memang genius, tak belaja pun bole score gak.

“Sporting Abi ko ek. Habis tu kau plan nak gi Kuantan la sepanjang cuti khas 2 minggu ni?” sengaja dikuatkan suaranya apabila dia menyebut perkataan khas tu.

“Apa kau nak buat kat sana lama-lama?” sambung Athirah lagi.

“Cadang nak gi Tioman. Abang aku ada buat trip tuk budak opis dia. Dia ajak aku pegi sekali,”

“Wah..Wah..kau ni, orang kena gantung sekolah, bersedih bukan main tapi kau siap boleh gi bercuti lagi,,tak patut betul!”pecah hilai tawa mereka berdua. Pelajar lain hanya tersenyum melihat mereka.

“Ala, bukan apa, dari aku duduk kat rumah..baik aku buat something kan! Takde lah boring sangat nanti. Kalau lepak jerk, aku dok teringat kat kau, Mamat, Due dengan budak-budak 12 orang tu rindulah pulak aku nanti. Lebih-lebih lagi kat kau,” Dia ketawa sendiri. Athirah terdiam. Walaupun bicaranya hanya gurauan, hatinya berdegup kencang.

“Kenapa pulak aku ni?” tanya Athirah pada dirinya sendiri. Akan rindukah aku pada dia?,hatinya berdetik lagi.

“La...Thirah, kau nih asyik berangan jerk la. Buat abis air liur aku jerk cakap ngan kau nih,” suara Shahrul yang agak kuat mengembalikan Athirah ke alam nyata.

“Ha,,ke..kau..cak..cakap ape?”ter gagap Athirah menjawab . Shahrul ketawa besar. Athirah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik.

“Sejak bila kau gagap ni?,” Tanya Shahrul sebelum terus mengetawakannya. Athirah tergelak sama apabila menyedari kegagapannya tadi.

Tidak lama kemudian, cikgu Adibah masuk ke kelas. Cikgu Adibah ni memang guru kesayangan Athirah kerana dia guru yang penyayang pas tu pandai mengajar pulak. Siapa tak sayang cikgu camtu.

“Shahrul, saya dengar kamu dicutikan selama 2 minggu bermula minggu depan. Apa yang kamu buat pulak kali ni,” tanya cikgu Adibah sebelum memulakan kelasnya.

“Tak de apalah cikgu, saja saya nak bercuti,” jawab Shahrul selamba. Athirah hanya memandangnya sambil tersenyum. Shahrul memang begitu. Memang dia nakal, tapi dia tidak pernah berbangga dengan perbuatan jahatnya. Segala aktiviti akan disimpan sesama mereka. Apa yang membuatkan Athirah lebih kagum dengan Shahrul, dia memang punctual dalam bab-bab sembahyang . Kalau masuk jerk waktu solat, mesti dia bergegas ke surau. Tak kiralah apa yang dia tengah buat time tu. Dia akan ajak geng-geng dia seramai 12 orang tu.Ustaz Khidzir, warden asrama cukup sayang dengan kat si Shahrul ni. Tapinya, budak-budak nih katalah kan..lepas abis jerk baca doa 13-13 orang lesap. Kecuali bila time Ustaz Khidzir bagi ceramah. Itu pun sebab ustaz suka sangat cerita kisah-kisah hantu dan jin-jin.

Habis jerk kelas hari itu, Siti Nur datang menghampiri Athirah yang sedang sibuk mengemas buku.

“Thirah, kau ada apa-apa ke dengan Shahrul tu?” tanya Siti yang sememangnya terkenal dengan mulut kepohnya.

“La..ade ape pulak. Kawan jerk la..apa lagi?” balas Athirah kegeraman. Menyibuk jerk dia nih, bisik hatinya.

“ Kawan apanya kalau dia tanya kau pasal rindu-rindu lah. Kau jangan nak tipu aku lah Thirah,”

“Bila masa pula kami cakap pasal rindu-rindu ni? Kau jangan nak reka-reka cerita Siti, kang tak pasal-pasal jadi fitnah pulak. Ni yang aku rasa nak keluar hadis ni...Al fitnatu asyaddu minal qadr..kau tak tak??,” Athirah memang pantang kalau orang kata dia menipu sedangkan dia memang tak melakukannya.

“La, tadi waktu korang berdua sembang-sembang, aku dengar dia tanya kau, kau rindu kat dia tak bila dia cuti 2 minggu nanti, kau pulak buat dek jerk,” kata Siti cuba membidas kata-kata Athirah. “Punyalah busybody sampaikan perbualan aku ngan Shahrul pun dia nak dengar, Athirah membebel perlahan. Tapi pelik jugak, bila masa Shahrul tanya camtu. Aku tak dengar pun, erm..mungkin time aku tengah berangan tadi kot.

“Apa Athirah??”

“Tak de apelah, biasalah tuh Siti,,kau kan tahu aku ngan dia memang rapat. Kalau dia cuti nanti surelah aku rasa sunyi. Itu maksud dia tu. Kau nih pulak salah tafsir,”

“Betul jugak tu Thirah. Tapikan Thirah, kalau dia tak ade dalam kelas sehari,sunyi je kelas kita ni. Lebih-lebih lagi Due pun takde. Macam tak berseri kelas kita kan!!!” Athirah menganggukkan kepalanya perlahan menandakan dia bersetuju dengan kata-kata Siti.

“Jomlah Siti, Sara dah panggil aku tu. Mengamuk pula dia karang,” ajak Athirah apabila dia terdengar namanya dipanggil berulang kali.

Minggu pertama segalanya berjalan lancar. Memang sebelum ini Shahrul pernah digantung sekolah, itu pun selama seminggu. Tetapi kali ini hukuman dipanjangkan sebab Shahrul ni dah banyak sangat buat hal. Masuk jerk minggu kedua, Athirah sudah tidak senang duduk. Apatah lagi peperiksaan percubaan sudah semakin hampir. Belajar pun dah makin susah. Kalau ada Shahrul, senang sikit kerana dia memang cepat pick-up. Bukan sebab itu sahaja, ada perasaan lain yang bermukim dihatinya. Akhirnya dia bertekad menelefon Shahrul di rumah.

“Hello, assalamualaikum.Shahrul ade?” Sopannya suara aku, Athirah ketawa didalam hati. “Ada, siapa ni?” suara uminya kalau tidak silap Athirah. Dia sudah kenal dengan keluarga Shahrul masa mereka datang untuk majlis Graduasi senior mereka tahun lepas. Masa tu, Shahrul dapat hadiah kerana dia pelajar cemerlang subjek Fizik dan Biologi.

“Athirah , mak cik. Mak cik sihat?”

“Oh, Athirah. Tak payah la panggil makcik, umi rasa tua la Thirah. Panggil saja umi ya. Umi sihat, Thirah macamana? Belajar ok?,” Athirah ketawa kecil. Kelakar pulak umi Shahrul ni.

“ Alhamdulillah umi. Belajar macam biasa la. Thirah tak pandai macam Shahrul, cuti pun bole dapat tinggi umi.,”balas Athirah mesra.

“Kalau asyik cuti pun susah juga ,Thirah. Duduk rumah pun dia bukannya belajar,” bebel uminya pula.

“Apa umi ni. Orang belajar la. Umi je tak nampak,” kedengaran suara dari belakang. Shahrul memang manja dengan uminya. Uminya hanya ketawa.

“Thirah berbuallah dengan Shah yer, umi nak masak ni. Belajar rajin-rajin ya Thirah,” Pesan umi sebelum menyerahkan telefon kepada Shahrul.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam.Thirah, apa mimpi kau telefon aku ni. Takkan rindu kat aku kot!,” gurau Shahrul. Athirah ketawa. Takkan nak cakap aku rindu kot, kata hatinya.

“Bukannya rindu, aku just nak ingatkan kau trial kita nak dekat. Jangan pulak kau lupa nak balik sini.,” kata-kata Athirah disambut dengan ketawa kecil Shahrul.

“La, itu ker? Aku ingat kau rindu kat aku. Kalau kau cakap rindu kat aku tadi, sure aku terus balik hostel skarang jugak,” balas Shahrul berseloroh. Athirah tersenyum sendiri. Nasib baik dia tak nampak muka aku ni, fikirnya.

“Kau ni tak habis-habis bergurau la. Tau la terror, tak yah study pun bole dapat 10A1,” sindir Athirah.

“Mana ada aku bergurau, aku cakap betul ape,” kemudian dia ketawa lagi. Ampesh punya Shahrul.. saja je nak mainkan perasaan aku , gumam Athirah.

“Oklah Shah, aku malas nak layan kau. Duit pun tinggal 50 sen ni,”

“Kedekut la kau ni. Masuk la duit lagi. Khabar aku pun kau tak tanya lagi,”

“Aku tahu kau sihat. Buat apa nak tanya lagi. Ok ek, nak gi prep ni.”

“Ok..ok..terima kasih la call aku. Aku baliknya nanti, tunggulah aku di pintu pagar yer Thirah,” Athirah ketawa mengekek. Jam pun dah pukul 330, dah lambat setengah jam ke prep. Dia bukannya nak ke kelas tapi dia nak menghantar cadar dan selimutnya ke dobi. Tadi ada juga dia lihat pengawas berkeliaran di sekitar asrama sambil menjeling-jeling kearahnya. Dia senior, peduli apa dia.

Petang Ahad, Athirah dikejutkan oleh Shireen ketika dia sedang sedap melayan mimpi. Shahrul ingin menemuinya dibelakang surau. Memang tempat itu sahaja yang menjadi tempat pertemuan pelajar lelaki dan perempuan selain dari kelas kerana ia lebih terbuka.

Athirah tergamam. Apa pulak yang mamat nih nak? Mengacau saja. Dia bangun dengan malas dan menuju ke tandas membasuh muka.

Tiba dibelakang surau, Shahrul memandangnya sambil tersengih. Bungkusan ditangan Shahrul bertukar tangan.

“Lambat betulla kau ni. Membuta la tu. Umi aku bagi , buat berat beg aku jerk,” Athirah memeriksa bungkusan tersebut. Terdapat 2-3 tupperware yang berisi lauk. Terharu Athirah dibuatnya.

“Baiknya umi kau. Nih yang buat aku sedih ni,” balas Athirah lambat. Dia agak mamai kerana baru bangun.

“Umi kata, nasi ambikla kat dewan selera. Dia ngan Abi aku kirim salam kat kau,” sambung Shahrul lagi.

“Kau balik naik apa tadi? Baru sampai ker?”

“Baru jek sampai, Abi aku hantar tadi. Kebetulan dia ada urusan sikit kat Batu Pahat.” Terang Shahrul .


“Naik kereta, takla berat beg kau. Iyer-iyer jerk, aku ingat naik bas,” bidas Athirah. Shahrul ketawa kecil, terubat rindu Athirah mendengarnya.

“Cakap kat umi kau terima kasihla yer. Susah-susah jerk dia. Aku jalan dulu ek,” pesan Athirah sebelum berlalu.

“Kat Umi jerk? Kat aku?”Langkah Athirah terhenti kemudian dia berpaling ke arah Shahrul.

“Yerla, terima kasih banyak-banyak la Shahrul Haizi kerana tolong membawakan bungkusan ini dari asrama hingga ke belakang surau. Jasamu akan kukenang,” gurau Athirah kemudian dia berjalan terus. Kalau dilayan, sampai esok pun tak habis.

“Aku terima kasih kau Athirah,” Shahrul berkata perlahan. Dia tersenyum sendiri.

Keputusan peperiksaan percubaan SPM telah keluar. Takutnya tidak terkata, keputusan inilah yang menentukan samada mereka berhak menerima biasiswa tajaan MARA untuk belajar di luar negara.

Semua pelajar dikehendaki mengambil keputusan dengan guru homeroom masing-masing. Selepas mengambil keputusan, Athirah duduk termenung di kerusi batu. Memang dia dah agak result dia agak mengecewakan. Tak merasalah aku nak gi oversea, keluh Athirah perlahan. Sebelum ini dia ada mendengar tentang result Shahrul dari rakan-rakan sekelasnya. Dia memang bijak, aku jugak yang kandas.

“Ape buat kat sini sorang-sorang ?” Terkejut Athirah apabila Shahrul tiba-tiba muncul didepannya. Shahrul duduk mengadapnya.

“Kenapa buat muka penyu pulak ni? Result dah ambil belum?” tanya Shahrul lagi, pelik dengan tingkah laku Athirah.


“Dah, tapi ntah apa-ape dapatnya.” Akhirnya Athirah bersuara.

“Ala relaks la, nih kan trial jerk. Bukan SPM betul-betul. Kita ada masa lagi.” Nasihat Shahrul. Dia memandang tepat ke arah mata Athirah. Athirah tunduk. Kau cakap senang...taulah pandai , desisnya perlahan.

“Mengata aku la tuh, membebel sorang-sorang...macam aku tak kenal kau Athirah.” Athirah tersenyum manis. Tau jerk aku kutuk dia.

“Ha! Macam tuh la Athirah yang aku kenal. Sentiasa tersenyum dan ketawa walaupun ada masalah. Ok, subjek apa yang kau dapat teruk? Nanti kita bole study sama-sama..,” cadang Shahrul. Kemudian mereka membincangkan mengenai masa yang sesuai untuk mereka study.

Shahrul mendapat peluang temuduga untuk melanjutkan pelajaran keluar negara bersama-sama 20 orang pelajar terbaik MRSM Muar. Dia berada di ranking ke 5. Menjelang SPM semua pelajar sibuk menyediakan diri untuk peperiksaan tersebut. Athirah semakin rajin berusaha dengan bantuan Shahrul dan rakan-rakannya yang lain. Dia tidak mahu ketinggalan kebelakang, dia mahu setanding dengan mereka.

“Athirah!!” Dia menoleh. Shahrul berjalan menuju ke arahnya pantas. Peperiksaan akan bermula sebentar lagi. Dia pun mencari-cari Shahrul tadi, tapi tidak berjumpa.

“Kau ni kenapa lambat sangat datang. Buat cuak aku je,”

“Sorrylah, terlambat bangun. Hari ni paper BM kan!!” kata-katanya membuatkan Athirah tersentak.

“Kau ni, paper hari ni pun kau tak tahu? Tak tengok jadual ke?” balas Athirah kegeraman

. Shahrul sengih. “ Good luck Thirah. Jangan marah-marah nanti hilang idea nak buat esei pulak,” usik Shahrul. Tergelak Athirah dibuatnya.

“Kau pun, good luck!” kata Athirah kemudian berlalu masuk ke dewan peperiksaan.

Masa berlalu pantas. Kertas terakhir, subjek Biologi baru sahaja habis dijawab. Pelajar-pelajar menjerit kegembiraan setelah letih berhempas pulas menjalani peperiksaan. Masing-masing sibuk bercerita tentang kertas terakhir dan ada juga yang membincangkan perancangan mereka semasa cuti nanti.

Tibalah hari terakhir mereka berada di MRSM. Mereka bertukar-tukar alamat rumah dan nombor telefon agar tidak terputus hubungan nanti. Suasana sedih menyelubungi asrama. Ada yang menitiskan air mata kerana persahabatan yang terjalin selama dua tahun akan berakhir. Sekiranya bernasib baik, mungkin akan bertemu semula di universiti, kalau tidak, entah bilalah pula akan bertemu. Athirah turut bersedih, apatah lagi bila rakan-rakan sekelasnya mula pulang seorang demi seorang. Sara, Suhana, Nik, Asmah semuanya sudah pulang. Abangnya akan datang menjemputnya esok. Dia masih belum berjumpa Shahrul , rasanya dia masih belum pulang ke rumah.

Esoknya, Athirah sudah bangun awal-awal pagi. Barang-barangnya ada sedikit lagi belum berkemas. Dia tidak mahu abangnya menunggu lama. Mungkin abangnya akan tiba waktu tengahari nanti. Mana pula Shah ni? Takkan tak nak jumpa aku buat kali terakhir? Dia tertanya-tanya sendiri. Dia merenung hadiah yang sudah berbalut kemas di atas meja. Dia ada membelikan Shah seutas jam tangan sebagai tanda terima kasih kerana membantunya dalam pelajaran. Setelah selesai berkemas, dia berjalan menuju ke luar bilik. Dari jauh dia nampak kelibat Shahrul sedang duduk bersama seorang perempuan didewan selera puteri dihadapan Asrama Tun Fatimah. Dewan selera tersebut tidak digunakan dan memandangkan

semua pelajar sudah habis peperiksaan, pelajar lelaki agak bebas untuk naik ke atas.

Apa hubungan Shahrul dengan Linda? Setahunya Shahrul tidak meminati sesiapa. Ah, mungkin dia merahsiakannya. Entah mengapa, Athirah rasa kecewa tiba-tiba. Sampai hati kau Shahrul, kini fahamlah dia kenapa Shahrul tidak menemuinya. Sibuk berjumpa buah hati rupanya, fikir Athirah. Athirah masuk semula kedalam bilik, malas mahu melihat drama percuma.

Ketika abangnya sudah sampai untuk menjemputnya, dia bertembung dengan Linda di koridor. Linda berpesan padanya yang Shahrul sedang menunggu didewan selera. Athirah memberikan bungkusan hadiah tersebut kepada Linda. Dia sudah tidak sempat berjumpa Shahrul. Bersama bungkusan tersebut disertakan juga sepucuk surat buat Shahrul yang baru ditulisnya. Shahrul seperti mahu menghampiri asrama puteri ketika dia ternampak Athirah masuk kedalam kereta. Dia hanya sempat memandang Shahrul dari dalam kereta. Bukan dia tidak mahu berjumpa dengannya, dia takut abangnya akan menyangka yang bukan-bukan. Abangnya yang sorang ni memang agak tegas orangnya. Ketika Linda menyerahkan bungkusan hadiah tersebut, Shahrul melambaikan tangannya dan menunjukkan isyarat yang dia akan menelefon Athirah dirumah. Athirah membalas lambaian tersebut dan kereta menderu laju meninggalkan MRSM Muar. Malam itu Athirah menerima panggilan telefon dari Shahrul. Selepas memberi salam, Shahrul senyap seketika.

“Apsal kau balik tak jumpa aku dulu?” tanya Shahrul kemudiannya.

“Kau tengah sibuk dating, aku malas nak kacau,”

“Banyak la kau dating. Bila masa pulak aku dating?”Mengada-ngada, masih nak nafikan pulak, kata hati Athirah.

“Tak bagitau aku pun kau minat Linda. Sampai hati kau.”

“Linda? Ishk, mana ada aku minat dia. Tima kasih la bagi jam kat aku. Bersurat-surat , macam couple plak kita nih,” Athirah tertawa. Terasa merah mukanya menahan malu. Nasib baik dalam telefon, kalau tidak mesti dia kena kutuk punya.

“Kau kat mana ni?”tanya Athirah mengalih topik.

“Kat rumah la, aku ingat kau balik lambat..baru nak ajak jalan-jalan kat Tanjung. Boleh ajak Linda...” belum habis Shahrul bercakap, Athirah sudah memotong.

“Tengok tu, kata tak ade apa-apa. Nih nak ajak dia pulak..Ha! tadi tuh nak tipu aku la ek,” Athirah berkata pantas.

“Kau ni suka menyampuk orang cakapla. Aku tak habis cakap lagi. Yang kau benci sangat dengan Linda tu kenapa? Apa salahnya kalau dia makwe aku pun!” kata-katanya membuatkan Athirah terdiam. Dia terasa diketepikan oleh Shahrul.

“Dahlah, malas layan kau. Aku nak tido la. Babai, Assalamualaikum.”kata Athirah sebelum meletakkan telefon. Tidak lama selepas itu telefon berdering lagi. Dia berpesan pada emaknya supaya mengatakan dia sudah tidur. Emaknya hanya menurut kerenah anak bongsunya.

Semenjak hari itu Shahrul tidak pernah menghubunginya. Dia, apatah lagi! Dia malu untuk menelefon walaupun hatinya mendesak untuk berbuat demikian. Ketika mengambil result SPM pun dia tidak bertemu dengan Shahrul. Kawan-kawannya yang rapat dengan Shahrul pun tidak berjumpa dengannya. Kata mereka Shahrul sudah berpindah ke Terengganu. Kebetulan pula nombor telefon rumah Athirah ditukar kerana pada bulan itu bil sudah tertunggak dan

Keesokan harinya Athirah terlambat bangun Subuh. Surat tawaran kerja dibelek berulang kali. Sudah lama surat itu diterimanya, baru semalam dia memberitahu Arni. Dia sudahpun memberikan surat perletakan jawatan kepada Suraya, sepupunya yang bertanggungjawab mencarikan kerja operator untuk dia dan Arni. Arni pun sure berenti kerja lepas kahwin nih ikut Shahrul entah duduk kat mane. Tawaran ni bukan senang nak dapat. Lagi 2 hari Arni nak kahwin, mungkin esok dia akan ke Pulau Pinang. Dia malas nak tunggu dah, kalau ditunggu dia yang akan sakit hati. Athirah mengeluh perlahan.

“Ape kena mengeluh pagi-pagi nih,”tegur ayahnya membuatkan dia tersentak.

“Ayah ni, buat terkejut Thirah jerk. Ayah, Thirah nak gi Pulau Pinang esok. Daftarnya 1 minggu lagi..tapi Thirah nak gi cari rumah sewa la kat sana. Sementara tu, Thirah tinggal kat rumah Mak Lang dulu ”Athirah menyuarakan hasrat hatinya.

“La, buat apa pergi awal-awal. Arni nak kahwin ni,Thirah tak nak pergi ker?”

“Bukan tak nak pergi. Masalahnya takut tak sempat nak cari rumah sewa. Thirah tak nak la duduk lama-lama kat rumah Mak Lang. Segan lah yah. Lagipun anak dia kan duk kat situ gak.”

Dah lah nama anak dia pun Shahrul. Kenapa lah semuanya mengingatkan aku pada dia..fikir Athirah lagi. Sepupunya yang seorang itu anak tunggal Mak Lang, masa kecik2 dulu dia memanggilnya dengan panggilan Adek. Tapi bila dah besar nih segan pulak nak panggil nama

tuh, dahla dia tua 3 tahun darinya.

“Habis tu barang-barang Thirah nanti macamana. Kalau esok, tak dapat la ayah nak hantar. Macam ni lah, kamu pergi dulu, ayah hantar barang kamu hari ahad ni. Kamu bawak barang-barang yang kamu nak guna jerk iyer.” Cadangan ayah memang bernas. Dia menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Esok dia akan ke Pulau Pinang. Macamana nak bagitau kat Arni nanti, satu masalah lagi muncul dalam benaknya.

“Cakap kat mak kamu ayah nak pergi rumah Imam Berahim, ada hal sikit nak bincang,” pesan ayah sebelum berlalu. Athirah segera ke bilik, mengemas barang yang hendak dibawa esok. Dia berpesan kepada emaknya supaya menelefon Mak Langnya memberitahu tentang kedatangannya ke Pulau Pinang. Sudahlah dia jarang-jarang ke Pulau Pinang, kalau Mak Langnya tidak menjemputnya di stesen bas... sesat la dia nanti. Setelah berkemas, dia segera bersiap-siap pula untuk ke rumah Arni. Dia masih memikirkan cara untuk memberitahu Arni berkenaan pemergiannya ke Pulau Pinang. Pasti mengamuk Arni nanti.

Setelah memberitahu emaknya, dia menunggang motorsikal ke rumah Arni. Tiba sahaja dirumah Arni, dia segera ditarik oleh Arni ke dalam biliknya.

“Kau ni nape lambat sangat sampai. Letih dah aku tunggu kau. Aku nak tunjuk kat kau baju kahwin aku ni. Cantik tak?,” Bersungguh-sungguh Arni menunjukkan baju pengantinnya yang berwarna kuning kepada Athirah. Athirah membelek pakaian tersebut berulang kali, memang cantik. Kena dengan kulit Arni yang putih bersih itu.

“Wah! Betul-betul raja sehari kau ek. Sapa yang pilih warna kuning nih?”

“Suami aku tuh la. Dia berkenan sangat dengan warna ni. Aku suka warna biru lagi, tapi dah dia suka warna ni...aku tak kisahlah,” penerangan Arni disambut dengan senyuman tawar Athirah. Arni mengeluarkan sepasang baju kurung warna sedondon dari sebuah plastik. Baju itu diletakkan di atas paha Athirah.

“Nih baju untuk kau. Kau kena jadi pengapit aku lusa tau. Baju ni aku dah sukat guna baju kurung kegemaran kau. Sama cuttingnya, so aku harap kau selesa pakai baju ni.”Athirah tergamam. Habislah aku, desis hatinya perlahan.

“Bila masa kau ambil baju kurung aku? Tak tau pun,” Athirah masih berlagak seperti biasa.

“Hari tu, aku mintak kat mak kau. Kau tak perasan kot, dah baju kurung kau kan banyak.” Terang Arni pula.

“Arni, aku nak bagitau kau satu perkara penting ni. Harap sangat kau jangan marah ek.” Debar dihati tak tau nak cerita.

“Ape dia? Jangan kau tak nak jadi pengapit aku dah la. Perkara lain aku x kisah,” Arni ketawa kemudiannya. Athirah menelan air liurnya berulang kali. Macamana nih?,bisik hatinya.

“Itu lah dia perkaranya. Aku rasa aku tak dapat la nak jadi pengapit kau. Aku nak gi Pulau Pinang esok,” perlahan sahaja kata-kata yang meluncur dari mulut Athirah. Dia tidak sanggup memandang wajah Arni.

“Ha? Sampai hati kau, Thirah. Aku siap tempah dah baju untuk kau, kenapa kau nak pergi sana awal sangat? Kan lambat lagi kau kene daftar kat sana!...Aku ada sakitkan hati kau ke Thirah? Takkan masa hari paling bersejarah dalam hidup aku kau tak der Thirah...kita dah kawan dari kecik.. Takkan kau tak nak tgk aku kawin?”Arni ni memang pandai pancing simpati. Ada saja ayat-ayat sedih die yang buatkan Athirah tak sampai hati. Tapi dia tak sanggup hendak melihat persandingan kedua-dua sahabat karibnya itu. Ya Allah, bantulah aku...bisik Athirah perlahan. “Arni, bukan aku tanak jadi pengapit kau, tapi aku ada banyak benda nak buat. Aku kene survey dulu tempat tuh macamana, mana nak cari rumah sewanya. Dah la Pulau Pinang, jauh Arni..aku bukan biasa sangat dengan tempat tuh..” Athirah mencari ayat yang sesuai agar Arni tak terasa.

“Ala Thirah, kan Mak Lang kau duduk kat sana. Lagi pun daftarnye seminggu lagi. Kalau kau pergi sana hari Ahad pun sempat lagi kan!” lupa pula Athirah yang Arni tahu tentang Mak Langnya itu. Apa lagi alasan yang nak dia berikan, dia sendiri buntu memikirkannya.

“ Kau tak yah pegi esok yerk. Kalau kau tak jadi pengapit aku, nanti aku gabra lah Thirah. Kau bukan tak tau aku nih, bukannya boleh orang ramai skit, mulalah datang darah gemuruh aku. Kau lah kawan aku dunia akhirat, mane ade dah orang lain yang rapat dengan aku dah kat kampung ni..” Arni memujuk Athirah. Tangannya memegang jari Athirah lembut.

Athirah memandang Arni sekilas. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan pada Arni tentang sebab sebenar dia mahu pergi awal ke Pulau Pinang. Risau juga kiranya diberitahu, benda lain pulak yang akan terjadi. Tidak jadilah rancangannya ke Pulau Pinang esok. Melihatkan muka Arni yang seperti hendak menangis itu membuatkan hatinya sayu. Biarlah hatinya sahaja yang terluka, dia rela dari membiarkan rakannya itu bersedih.

“Oklah, aku pergi hari Ahadla ke Pulau Pinang tuh. Bolehla ayah aku hantar nanti,” putus Athirah akhirnya. Arni memeluk Athirah kejap. Dia mencubit pipi Athirah berulang kali kemudian dia ketawa apabila Athirah menggosok-gosok pipinya.

“Aku nak balik rumah jap, nak cakap kat mak aku yang aku tak jadi pergi Pulau Pinang esok..Nanti aku datang balik ek,” Athirah sudah bersiap sedia untuk bangun.

“Sayang kat kau Thirah. Terima kasih banyak-banyak. Baju ni kau ambik bawak balik. Tudung pun ada sekali kat situ. Dengan brooch skali aku beli tuk kau, kau pulak tak nak datang majlis aku.” Perli Arni membuatkan Athirah tersenyum. Athirah mengambil beg plastik tersebut sebelum berlalu meninggalkan Arni didalam bilik.

“Thirah, nanti datang balik ek!,” kata Arni separuh menjerit.

Emak hanya tersenyum apabila dia mengkhabarkan berita yang dia tidak jadi ke Pulau Pinang esok. Nasib baik emaknya masih belum menelefon pada Mak Lang.

Hari yang dinantikan akhirnya tiba. Pagi-pagi lagi Athirah sudah bangun, hari bersejarah kawan baiknya. Luka dihati dibiarkan sahaja. Takut pula sekiranya ada yang mengetahui perasaan yang tersirat disebalik senyumannya nanti. Baju kuning sudah siap digosok, dia ke rumah Arni dengan hati yang berdebar-debar.

Keadaan di rumah Arni riuh rendah dengan suara saudara mara yang berkumpul. Sebentar lagi majlis akad nikah akan berlansung dan kemudian majlis bersanding pula.

“Arni, aku rasa berdebar-debar la. Ramai betul yang datang kat rumah kau nih!” kata Athirah sambil memandang ke arah Arni yang sudah siap didandan. “Kalau kau berdebar-debar, aku lagi la..tak boleh nak cakap takutnya,” balas Arni pula dan kata-katanya disambut dengan tawa mereka.

“Ishk, apa pengantin gelak kuat-kuat nih!” tegur Mak Cik Nah. Athirah dan Arni senyap seketika, marah pulak mak cik nih.

“Thirah, dah selesai ke majlis akad nikah?,”

“Jap, aku gi tanya orang depan,” sememang nya bilik Arni agak jauh kebelakang.Athirah datang kembali kemudian dia tersenyum kepada Arni. “Arni, dah selamat dah kau jadi isteri orang. Ready! Ready., jap lagi dia datang nak sarung cincin.” Athirah masih cuba berlagak ceria.

Ya Allah, redhakanlah dia menjadi milik sahabatku. Doanya perlahan. Bilik pengantin sudah penuh dengan orang. Tidak lama kemudian, kelibat suami Arni masuk. Athirah memejam mata, bagaikan tidak mahu melihat adengan tersebut. Tiba-tiba dia terasa bahunya dicuit orang. Sebaik sahaja matanya dibuka, dia terkejut apabila satu suara singgah di telinganya.

“Assalamualaikum, Athirah.” Dia menoleh. Shahrul nampak segak dengan baju melayu kuning. Majlis membatalkan air sembahyang sudah berakhir. Belum sempat dia mahu membalas salam itu, semua orang berasak-asak keluar dari bilik itu. Arni tersenyum lebar memandang Athirah. Athirah rasa hendak menangis saat itu juga. Akukah yang tersilap?, bisik hatinya.

Dia membawa Arni ke pelamin yang sudah siap berhias. Cantiknya Arni, sesuai sungguh dia dan suaminya. Berpeluh-peluh juga dia dibuatnya, ramai sungguh tetamu yang datang. Dia menjeling ke arah pengapit bagi pihak lelaki. Ah, dia tersenyum sendiri. Ada juga terdengar suara mengusik menanyakan tentang giliran dia pula. Tamat sahaja majlis bersanding, dia duduk di satu kawasan yang agak lengang. Makan beradap sahaja, rasanya Arni sudah tidak perlukan dia lagi. Mungkin sudah dapat menyesuaikan diri dengan majlis. Dia mencari-cari wajah pengapit lelaki itu tadi.

“Athirah, cari sapa?” satu suara yang amat dikenalinya mengejutkan dia.Dia menoleh pantas.

“Tak de sape,”balas Athirah pendek.

“Kau nampak cantik pakai baju kuning, Thirah.” Pujiannya membuatkan muka Athirah memerah.

“Kau terkejut tengok aku ke tadi? Aku yang suruh Arni merahsiakannya dari kau. Zaman tu sepupu aku, entah macamana boleh tersangkut dengan Arni,” ceritanya sambil duduk di kerusi kosong menghadap Athirah. Athirah rasa seperti mahu bangun, dia malu sebenarnya mengingatkan tentang tanggapannya terhadap Arni dan Shahrul. “Lama tak jumpa kau Shah, mana kau menghilang?” tanya Thirah pula.

“Tiba-tiba muncul, memang aku terkejut..aku ingat kau yang kahwin dengan Arni tadi,” sambung Athirah sambil memandang tepat ke arah Shahrul. Shahrul ketawa perlahan.

“Kau ni, mana boleh aku kahwin dengan Arni. Kalau aku kahwin dengan dia, sapa nak kahwin dengan kau nanti?,”balas Shahrul. Masih kuat bergurau seperti dulu, Cuma yang bezanya..dia nampak lebih matang dan kacak.

“Kau ni, tak habis-habis bergurau. Tak berubah-ubah.”Athirah ketawa kecil.

“Siapa kata aku bergurau?” serius pula nada suaranya. Athirah memandangnya sekilas.

“Aku tak pernah bergurau tentang hal hati, Thirah. Aku minta maaf sebab tak hubungi kau sepanjang 6 tahun ni. Aku mahu tahu perasaan kau pada aku. Rasanya aku tak tersilap kan!” kata-katanya membuatkan Athirah rasa gelisah.

“Pandang aku, Thirah,” arah Shahrul. Athirah masih menunduk ke tanah.

“Pandang aku, Thirah,” kata Shahrul lagi. Kali ini Athirah memandangnya, mata mereka bertemu.

“Aku sayangkan kau Thirah, dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila,” kata Shahrul. Athirah tergamam. Dia rasa bagaikan mahu menangis. “Aku tahu kau cari aku lepas SPM, Due ada bagitau kat aku. Masa tu aku takut nak bagitau kau perasaan aku, risau aku bertepuk sebelah tangan. Sampailah Zaman bawak Arni jumpa dengan aku. Waktu tu aku cuti semester, aku balik ke Malaysia. Arni yang ceritakan tentang kau. Kau tau tak betapa gembiranya aku yang yang kau tak lupakan aku lagi! Aku tahu tentang perkembangan kau melalui Arni. Tapi aku masih tak nak ganggu kau lagi, lagipun kita masih belajar. Sekarang aku rasa kita dah tak terikat dengan apa-apa tanggungjawab. Aku pun dah start kerja sekarang,” panjang lebar penjelasan Shahrul.

“ Kau memang...Aku cari kau, tanya dari kawan-kawan kita semua. Kenapa diorang tak tahu pasal engkau, pelik jugak aku,” akhirnya Athirah bersuara.

“Aku yang suruh diorang jangan bagitau kat kau. Aku ingat boleh lupakan kau, kau pun bukan suka kat aku pun. Tapi aku tak berjaya, Thirah. Kau jugak yang aku suka,” kata-kata Shahrul disambut dengan tawa Athirah.

“Kelakar pulak rasanya, dah lama tak jumpa ni...tak sangka kau boleh jadi jiwang macam ni,”

“Tengok tu, aku serius kau main-main pulak. Aku dengar kau dapat kerja kat Pulau Pinang. Kenapa nak pergi sebelum majlis ni?” tanya Shahrul dengan senyuman nakalnya. Athirah terdiam.

“Saja, nak gi cari rumah..lagi pun tak biasa dengan penang kenala pergi survey dulu” jawab Athirah bersahaja.

“Yer ker? Tak pun frust ingatkan aku kahwin dengan Arni?” Merah muka Athirah. Macamana dia tahu nih?, desisnya perlahan. Shahrul ketawa kuat.

“Tak nak mengaku pulak,” sambung Shahrul. Tanpa sedar, Athirah mencubit lengan Shahrul. Dia mengaduh perlahan.

“Sorry, tak sengaja.”Athirah ketawa kemudiannya. Shahrul memandangnya lama.

“kenapa?” tanya Athirah.

“ Kau tau tak aku rindu sangat kat kau. Aku rindu gelak tawa kau. Aku rindu semuanya tentang kau. Kita kahwin Thirah!,” Athirah tergelak. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab.

“Kau jangan nak main-main la Shah. Aku nih keje pun baru nak start,” ulas Athirah pula

“Bukan kau yang tanggung aku Thirah, aku yang tanggung kau. Aku hantar rombongan yer minggu depan!”

“Awalnya, kau biar betul. Tak nakla Shah. Aku tak nak kahwin dengan kau.” Shahrul terdiam. Takkan terasa kot, bisik Athirah.

“Shah, aku gurau jerk. Ok, ok..kau hantar lah rombongan minggu depan. Aku cakap kat mak ayah aku yer,” Athirah mula gabra apabila Shahrul terus mendiamkan diri. Shahrul ketawa kuat.

“Tau takut. Aku serius, dia main-main pulak. Aku suruh abi ngan umi datang minggu depan yer, jom kita jumpa abi ngan umi. Diorang ada kat depan tuh. Umi selalu tanyakan pasal kau. Aku yang tak tau nak jawab apa.” Ajak Shahrul

“Shah,”Panggil Thirah. Shahrul yang baru hendak melangkah menoleh.

“Aku sayang kat kau,” kata Athirah perlahan. Shahrul tersenyum, serasa ingin dipeluknya

Athirah. Nasib baik mereka masih belum ada ikatan. Mereka berjalan beriringan menuju kebawah khemah. Athirah berdoa didalam hati agar kegembiraan ini berpanjangan.


The End...

No comments:

Post a Comment